"Ya Allah, sesungguhnya waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan kekuatan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Sunday 27 April 2014

Oren Kaya Asid Folik



Perkara paling penting sekali yang sering diberi keutamaan oleh bakal ibu adalah makanan yang dimakan setiap hari. Semua bakal ibu mahu memberikan yang terbaik kepada janin yang dikandung.
 
Sebut sahaja jenis makanan yang boleh memberi kebaikan kepada pertumbuhan janin dalam kandungan,  tidak banyak cakap bakal ibu terus pergi mencari. Peraturan pertama yang mesti dipatuhi oleh bakal ibu adalah memastikan banyak makan makanan berkhasiat dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu banyak lemak atau bergoreng.
 
Trimester pertama merupakan masa paling kritikal dalam fasa kehamilan. Ketika ini badan ibu sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dalam badan, janin juga sedang di awal pertumbuhan diikuti perubahan fizikal dan emosional bakal ibu.
 
Anda tidak perlu mengubah menu harian terlalu drastik kecuali anda seorang penggemar kopi yang tegar. Selain daripada memastikan pengambilan makanan yang sihat mengikut keperluan ibu hamil, jangan lupa tentang kepentingan pengambilan asid folik yang sangat diperlukan di awal kehamilan untuk perkembangan janin sihat.
 
Selain pengambilan suplemen asid folik, ibu juga boleh memakan makanan yang kaya dengan asid folik. Selain daripada sayur bayam, buah oren juga mempunyai kandungan asid folik tinggi yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.
 
Oren juga mampu mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh bakal ibu di awal kehamilan. Jadi, tunggu apa lagi, masukkan menu dalam menu harian anda mulai saat ini. Bagi ibu yg hamil, anda boleh mengambil Vitamin C shaklee ni.





Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan. Bagi ibu hamil, pengambilan vitamin C bkn shj dpt mengelakkan kecacatan pd pertumbuhan awal bayi dlm kandungan dan mengurangkan rasa mual dan loya, malah lbh daripada itu. Antara kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita ialah
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain. 

    paling bagus vitamin shaklee nie tanpa silica gel



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

************************************************************************************************************
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/ whatsapp ----> 013-9709233 (Ummi Safiya)

************************************************************************************************************

    FREE CONSULTATION & BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
 
 

No comments:

Post a Comment