"Ya Allah, sesungguhnya waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan kekuatan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Friday 11 April 2014

Panduan Kuruskan Badan

Cuba anda amalkan petua-petua ini, insyaAllah ia berkesan, kerana saya telah mencubanya...
1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
 
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makan makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
 
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
 
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
 
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.
 
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
 
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.
 
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
 
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
 
10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
 
11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.
 
12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
 
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
 
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidrat
 
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.
 
sumber: Dr Hamid Arshat

No comments:

Post a Comment