Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat
badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung
sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun
ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor
di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
-
Berat bayi : 2.5 - 3 kg
-
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
-
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
-
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
-
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
-
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
-
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
-
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi,
faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah
mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa
mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa
berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal
trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau
mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda
makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan
anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor
menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan
yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak,
diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral
dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem
piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi
individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk
memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan
bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
-
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid Makanan
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
No comments:
Post a Comment